Saturday 2 April 2016

Putihkan Kulit Muka Dengan Krem Masker Bengkoang Mustika Ratu Sambil Colorkan Kuku

Assalamualaikum.

Dan salam sejahtera.

Hai semua...

Sekarang datang mood nak memanjakan diri plak. Malam tadi da nak tidur tiba-tiba buang tabiat color kuku..warna pink gitu..hehe..macam color kuku kat bawah ni tapi color dia light sikit..


Tadi kemas punya kemas terjumpa barang-barang skincare. Ada toner brand Dr G, foundation Dnar's, dan cat kuku warna biru yang glowing dalam gelap tu...

tapi sayangnya toner brand Dr G tu expired date dia 22hb April ni..beli tahun lepas pakai sikit je..da la mahal..tiga barang je da RM200++..pencuci muka, toner, dan scrub Mask..

tu la perempuan kan..pantang tengok barang-barang skincare ataupun kosmetik mesti nak beli..tapi pakai tak habis pun..

Kelmarin beli plak Krem Masker Bengkoang jenama Mustika Ratu. Dari umur saya belasan tahun lagi da guna skincare Mustika Ratu ni. tapi macam biasa la..pakai tak habis pun..hehe...


Tapi Krem Masker Bengkoang Mustika Ratu ni memang best sangat. Pakai nipis je dalam 10 minit..bau dia pun wangi tau..lepas cuci tu lembut je kulit dan nampak cerah sikit..

Krem Masker Bengkoang Mustika Ratu ni membantu kulit nampak cerah dan menyamarkan noda atau cela di wajah.

Bahan-bahan masker ni adalah ekstak ubi sengkuang atau dalam bahasa Indonesia dipanggil bengkoang, akar manis dan vitamin C yang mana menjadikan kulit lebih tegang, lebih lembut, lebih putih, lebih cerah, dan menyamarkan noda hitam di wajah.

0 comments:

Post a Comment